Thursday, January 22, 2009

KFC

Di sini ada penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"....dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


**Ann hanya sampaikan je, ann pun tak pasti lg kesahihannya, klu ade yang rajin..bolela siasat...hehehe..ann tak braper rajin skrg nih...

Bengkel Pembangunan Diri

Wisma MCA, 21 Jan 2009, 9.30 am hingga 5.00pm.

Ann mendapat jemputan melalui Jabatan untuk pergi ke bengkel nih. Pendaftaran RM20.. Rupa-rupanya bengkel ini diadakan untuk pengidap dan bekas pengidap penyakit kanser payudara..So, dptla jumper mereka yang pernah dan sedang sengsara akibat penyakit yang paling ditakuti ini. Yang bestnya, penceramah2 untuk bengkel nih org yang best2...ada 3 sesi ceramah, Y Bhg Dato' Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Y Berusaha Dr Amir Farid Ishak dan Y Bhg Dato' Dr Ibrahim Wahid.
Bengkel nih memang best dan banyak ilmu yang ann dapat semasa bengkel ini. Kiranya tak sia2 ann ikuti bengkel ini...Antaranya, Berfikiran Positif Kunci Khidupan Sempurna, Gaya Hidup Sihat Qigong dan Kepentinan Rawatan Susulan...
Kami juga diajar cara yang praktikal untuk mengamalkan senaman Qigong dalam kehidupan seharian, mudah je...so, klu ade sesiapa nak belajar, bole la dtg jumpe ann ye..

kat bawah nih adela sikit gambar semasa bengkel berjalan...

Wednesday, January 14, 2009

RESEPI LAKSA JOHOR (IBU ANN)

(A) BAHAN-BAHAN:

1 bungkus spageti halus

5 ekor ikan kembung besar

Ikan masin kurau sebesar 2 jari (digoreng)

1 paket kerisik

½ kg santan

Asam keping

(B) BAHAN UNTUK DITUMIS

5 biji bawang besar

10 biji bawang putih

1 senduk rempah kari BABAS (Daging)

1 inci halia

3 batang serai

2 inci lengkuas

1 senduk cili boh

(Kesemua bahan B dikisar)

(C) BAHAN HIASAN

Timun

Taugeh

Limau kasturi

Daun kesum, daun selasih, bunga kantan

Bawang besar dihiris halus/nipis

Sambal belacan (cili merah dan belacan sahaja)

(D) CARA REBUS SPAGETI

1) Panaskan air agak-agak berasap

2) Masukkan spageti

3) Masukkan minyak dan sedikit garam

4) Kecilkan api setelah masukkan spageti, minyak dan garam

5) Setelah lembut (lebih kurang 20 minit) – toskan spageti

(E) CARA-CARANYA

1) Panaskan 1 senduk minyak

2) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau harum

3) Masukkan ikan (isinya sahaja)

Blend kepala ikan, tapis dan masukkan sekali air rebusan ikan

4) Masukkan cili boh

5) Masukkan santan

6) Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum

7) Masukkan ikan kurau goreng yang dikisar

8) Masukkan kerisik

9) Masukkan garam dan gula secukup rasa

SIAP DAN BOLEH DIHIDANGKAN (Lebih kurang 10 orang makan)

Tuesday, January 13, 2009

Thursday, January 8, 2009

1st day masuk sekolah

31hb Dis 2008, Rabu.
ann hantar adik pergi exam untuk menentukan kelas darjah satu dia. pada hari yg sama ann beli buku sekolah dia. He's very excited b'cos hari nih 1st time pakai uniform sekolah. sblm nih pki uniform pra-sekolah.
Sementara tunggu dia exam selama 2 jam, ibu bapa n penjaga ade sesi ceramah ngan guru besar. so, ann pun g la dengar ceramah.tak sampai 2 jam ann gi blk ke klas adik. nak tgk aper citer la budak tuh jawab exam. sampai2 jer die da wat muka bosan cam kat bwh nih...


Dlm 10 minit tunggu dia pn dibenarkn keluar, bile ann tanyer
ann: naper adik tak jwb soalan? paper adik mane?
husaini: kiter da siap lame dah, kiter org 1st siap...kwn2 kiter tuh siap lambat...
ann:btul ke adik jwb tuh, nnti siap cpt...tp sume salah...
husaini: btul kak ann, kita tgk cikgu tu right...semua btul...kiter dpt A...
ann:mane adik tau adik dpt A?
husaini:cikgu tuh tunjuk...kiter nampak...
ann:adik aku nih kaki temberang...nak cayer ker tak nak nih...(dlm ati)

harap2 btul lah yg die dapat A dlm exam tuh...sbb die agak pasif bile kat sekolah..risau plak ann tgk...semalam ibu citer, bekal die tumpah sebab kena langgar ngan budak lain.tp die diam je...sedih lak bile dgr camtu..bila bekal da takde, die beli donat..
ibu citer, 1st day sekolah adik bw bekal nasi & rm1...lps mkn, beli donat kt kantin, bg rm1 tuk 1 donat...dia tak pandai beli lg...tak pandai kira duit lg...sian adik kak ann...
smlm kakak dia ajar kira duit. camne nak beli kuih kat kantin...harap2 die cepatla blajar...

Monday, January 5, 2009

Kenduri Adik & Abang

Pada 29hb Disember 2008 bersamaan 1hb Muharram 1430H yang lepas adik ann nikah. Majlis persandingannya bergabung dengan majlis sambut menantu abang ann..so, majlis pada hari tuh boleh la dikatakan besar dan meriah..
Memang penat sangat, badan semua sakit2 lepas kenduri...mata pulak mengantuk sebab 2 malam tak dapat tido betul2...tidor 2-3 jam jer...tapi alhamdulillah...majlis berakhir dengan jayanya...tetamu pulang dengan senyuman...itu yang penting...hehehe...
Bila tengok majlis orang, tiba2 raser takut n kecut pulak...yelah, takut kiter tak termampu nak buat sebaik itu pada majlis sendiri nanti...
Yang ann boringnya, mula2 majlis ann da pakai baju ayu2, tapi tak sampai setengah jam da kene tukar sebab tak sesuai tuk buat keje yang diamanahkan iaitu sebagai 'runner' kepada ibu & ayah...hehehe...keje pegang duit...so, ann pun tukarkan baju yang paling ann suka dan sesuai iaitu t-shirt dan seluar jeans...ringkas dan cepat...senang nak bergerak...hahaha...rupa2 nya adik perempuan bongsu ann pun yg ditugaskan menjadi org kuat bungkus nasi berkat pun pakai fesyen yang sama ngan ann..kiranya cam uniform adik beradik pengantin lah...tak yah nak lawa2...leceh!!
Ann ngan ibu

Adik Ann yang perempuan

nak tambah gambar ckt...

Angah n kak mas (abg ann 'sehat' kan?)

Fizah n tengku