Monday, July 27, 2009

Dia Bukan Milik Kami...

Baru 2 hari lepas ann ceritakan pengalaman pertama dirawat di PPUM bahagian Trauma dan Kecemasan...semalam (26hb Julai 2009) ann dan suami bergegas lg ke hospital dan bahagian yang sama disebabkan masalah yang lebih serius...kali ini ann dapat rasakan yang dia bukan milik kami...dia berada dalam rahimku selama 6 minggu sahaja...
Semalam, doktor mengeluarkannya semasa ann dlm keadaan sedar, dan doktor tunjukkan janin tu pada ann...memang sedih, tp ann dan suami redha. Banyak hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini...
Bermula hari ini, 27 Julai 2009 ann MC selama 5 hari...kiranya sedang berpantang la nih...dok umah, mkn pati ikan haruan, mkn mknan yg tak bape nk buka selera...tp yg sedih, tak de anak yg nak dijaga...org lain pantang ade anak...ann pantang saje2...:(...so, kepada pokcik cengko..tolong jaga sistem2 yang ada, maklim dan MCS terutamanya..

**Walau ape pon bersyukur ann dpt pengalaman seperti ini, yg tak semua org dpt....

Friday, July 24, 2009

Pengalaman Pertama

Pada hari Isnin, 20 Julai 2009...ann telah pergi PPUM bahagian Trauma dan Kecemasan...bukan menghantar atau melawat orang..tetapi untuk mendapatkan rawatan untuk diri sendiri...kami tiba pada pukul 2.35pm, terus mendaftar..kemudian diminta menunggu di ruangan menunggu di depan Dewan Konsultansi..ingatkan tunggu dalam sejam dua aje, rupa-rupanya ann diperiksa pada jam 6 petang, kemudian ann disuruh tunggu untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar sakit puan pulak...tunggu lagi sehingga jam 8 malam baru dapat jumpa..akhirnya kami dibenarkan balik selepas buat temujanji pada hari Isnin, 27 Julai 2009 pula untuk rawatan susulan...
Inilah pertama kali ann mendapat rawatan di PPUM dan di bahagian kecemasan...memang kesian dengan staff dan doktor2 kat situ kerana terpaksa merawat pesakit yang ramai dengan bilangan mereka yg tidak mencukupi...tp apakan daya...da terpaksa...tiba2 terfikir, apakah yg betul2 dinamakan kecemasan???

inilah kad yang akan dipenuhkn dengan temujanji..

Dewan konsultasi yg ditunggu untuk masuk...yang biru tuh tulis HARAP BERSABAR

**walau aperpon, ann bersyukur sebab cepat pergi hospital, atleast tahu apa masalah kiter... yelah, ini pengalaman pertama yg mmg mencabar dan menguji diri ann sebagai seorang wanita...harap kawan2 dpt doakan kesihatan ann yer...

Dusun Buah

Tiga minggu lepas ann dan suami balik kampung. tujuannya, dua dalam satu...pertama nak menziarah makcik pakcik kat kampung..kedua sebab musim buah..hehehe...nak gi dusun arwah nenek yang tak pernah ann naik sejak dah besar...kedudukan dusun nih atas bukit..bawahnyer sungai congkak tuh...dulu takut nak naik dusun sebab takut ade pacat...tp hari tuh boleh naik sebab jalan da besar dan kering...so, nilah antara gambar org bandar gi dusun..nmpk ade sedikit jakun..hehehe..nih boleh dikire sebahagian dr aktiviti honeymoon kitorg lah...

tgh menjolok buah langsat

nih tgh menjolok buah manggis plak...1st time ann tgk buah manggis muda

nilah durian yg btul2 gugur blakang ann, klu lmbt ckt jln mesti jatuh atas kepala...huh..

nilah timbunan durian yg kene tebuk tupai, tp msh bole makan.kitorg berdua mkn 4-5 biji gak lah...terer tak terer la kitorg..tp durian yg kene tebuk tupai la yg sedap...

**skrg da tak boleh makan durian..huhuhu...da kene jaga makan...takpe berkorban ckt...

Thursday, July 16, 2009

Kenali personaliti ibu hamil

Oleh MARIA QATIAH ZAKARIA

KEHAMILAN adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.

Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.

Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.

Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.

Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian.

"Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu.

"Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,'' ujarnya.

Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:

Ibu yang sering runsing

Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.

Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.

Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.

Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai gejala akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.

Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.

Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.

Ibu hebat

Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.

Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.

Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.

Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.

Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.

Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.

Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.

Ibu yang profesional

Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.

Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.

Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.

Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.

Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.

Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalam an serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.

Ibu sejati

Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.

Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.

Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.

Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.

Ibu yang tidak runsing

Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.

Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalam an yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.

Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.

Khasiat Kurma, Kismis & Madu Menurut Islam

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Monday, July 13, 2009

Tag dr Kak Ieja...

1. Bekas kekasih saya adalah...
Tukang masak...

2. Saya sedang mendengar...
bunyi aircond ngan bunyi keyboard kene ketuk...

3. Mungkin saya patut
pergi klinik cepat...

4. Saya suka
klu dpt balik kg...rindunyer ngan adik...

5.Sahabat-sahabat baik saya
tak ramai tapi saya bersyukur ada mereka...

6.Saya tak paham
kenapa mesti ada org dengki ngan kehidupan org lain...

7.Saya kehilangan
rantai tangan yang dibeli sendiri ngan gaji pertama kerja kilang..huhuhu...sedihnyer...

8.Ramai yang berkata
saya dah berisi(gemuk)...hahaha...boringnya...

9.Makna nama saya
Dyana takde maksud...Diyanah=agama...Hani=lemah lembut...betul2 cam tuan punya nama...hehehe...

10.Cinta itu adalah
pengorbanan...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
berdengkur...hehehe..tak tau sape...

12.Saya akan cuba
menjadi pekerja, anak, saudara, isteri dan ibu yang baik dan hamba yang beriman...aminnn...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
forever...

14.Telefon bimbit saya
ade dua..dua2 ringtone wonderpets...hehehe

15.Bila saya terjaga dari tidur
saya mesti matikan alarm dan tunggu lg 8 minit tuk btul2 bangun...arggghhh malasnyer....

16.Saya paling meluat apabila
org hanya nmpk kesalahan org lain tanpa muhasabah diri sendiri...

17.Pesta/Parti adalah
suasana bising dan haruk pikuk...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
kura-kura yg bapa mertua jumpe kt tepi jln...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
6 hingga 12 tahun...sebelum kenal erti remaja...

20.Hari ini
13hb Julai 2009

21.Malam ini saya akan
tengok bio-nik

22.Esok pula saya akan
pergi klinik tuk wat appointment...

23.Saya betul-betul inginkan
kehidupan yang diredhai Allah dunia dan akhirat...amin...

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
alamak..bile la plak jerawat nih tumbuh...kacau tul lah...

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
dua dua pon boleh sbb suka cuci mata...

26.Makanan Barat atau Jepun
Barat...

27.Bilik yang terang atau gelap
gelap...

28.Makanan segera adalah
makanan yang akan dimakan hanya apabila perut kelaparan semasa tahap kemalasan maksimum

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"alasan yang boleh diterima" kepada zunaidi...

30.Siapa yang anda nak Tag?
Mazni Azis...



Wednesday, July 1, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan

Ahad lepas ann pergi Kelana Jaya, rumah makcik..tp sebelum tuh jln2 cari makan dulu..so, kitorg pon pegila restoren nih..yg da lebih 5 kali pergi..pasni kitorg nak cube kedai yg berdepan ngan restoran nih plak...menu utama kat restoran nih ialah ikan bakar...nama restoran nih pon Restoran Ikan Bakar FEND, lagi satu yg special nyer air bandung die...mmg best..ann yg bukan jenis minum ais pon tak tahan...klu pegi waktu mkn tengahari..memang sesak... tak yah citer byk la...tgk je la gambo eh...
disebabkn ade yang bertanya maklumat lengkap berkaitan kedudukan restoran nih, so..ann bg alamat lengkap la eh...

Alamat Fend Ikan Bakar:
Restoran Ikan Bakar Fend
E-G-01 Jln SS6/20A
Dataran Glomac
Pusat Bandar Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Fend - 017 612 5881
Ju - 016 673 7343

Coffee Corner

Nih saje nak share, cuber teka kat mane tempat dlm gambar di bawah....dua org pesalah yang mmg nk tayang muka...tgkla tuh...

kps sesiapa yg rasa cam kenal sgt2 tmpt nih...sorryla yer...kitorg menggunakan tmpt secara maksimum...