Thursday, March 25, 2010

Lemah...

Down betul lah hari ini...malam tadi tak boleh tidur, dah makan ubat pun masih tak boleh tidur.pejam mata sambil berzikir pun, adelah terlelap tak sampai satu jam...asyik terjaga setiap jam...sampaikan ann baring je tunggu alarm bunyi jam 6 am..lambatnya rasa waktu berlalu...akibatnya pagi ini sakit kepala, rasa nak muntah dan tak bermaya...rasa pusing je bumi nih...tadi gi MPC ingat nak beli sarapan, tak jadi sebab rasa loya je tengok makanan kat MPC tuh.camne nih..ape ann nak makan nih..semua tak lalu...camne nak ada tenaga kalau tak makan apa2...ann, kuatkan semangat!!!aik, nape tak kuat2 gak semangat nih...???

**Allah bagi kita sakit tanda DIA sayangkan kita...ingat tuh...

Wednesday, March 24, 2010

Cepatlah pergi...

cepatlah pergi demam...dah tak larat dah nih...hidung pun dah sakit asyik kena tenyeh jer...start demam hari isnin...memang teruk kali nih sebab sampai hilang selera makan..selalunya demam macamana pun selera makan takkan terjejas..tapi kali ni memang flat...ini masuk hari ketiga..dapat mc cuma 2 hari...so, hari ni terpaksa kerja..lagipun banyak kerja yang pending...masuk hari ke-4 kalau masih demam terpaksa pergi klinik lagi..untuk rawatan susulan...

**Isnin lepas call ibu, ibu ckp hafizah n husaini pun demam...husaini mc 2 hari juga..takkanlah sebab naik bas SA-JB-SA kami bertiga boleh demam teruk begini...

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah, Husaini Sudah Khatan...

Isnin, 15hb Mac 2010
Klinik Keluarga Noor Hajar, Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah, Husaini ditemani Hafizah dan suami, mak, Siti Zaharah dan Muzaffar telah selamat dikhatankan. Semuanya berjalan lancar, dia pun memang bersemangat nak khatan juga bila tengok Muzaffar dah khatan.
So, sekarang ini Husaini berpantang di rumah Kak Fizah di Shah Alam. Mak yang jaga dia...yang kelakarnya, lepas keluar dari bilik doktor dia senyum, muka berseri-seri...dalam klinik lagi dah kira duit yang dia dapat...lepas tuh jalan selamba je laju dan langkah longkang besar...orang lain pulak yang cuak..sampai rumah minta makan, lapar katanya..bila dah boring minta raket badminton, nak main badminton pulak...mak katalah, bagi baik dululah...barulah dia baring tengok tv...
pukul 5.00 petang ann balik dari office terus ke SA nak melawat Husaini, dia tengah tengok tv. Tiba2 bila nak buang air kecil, menangis...kat depan ann pon tunjuk muka sakit je...berkerut2...mak cerita, dr pagi ok je, tak de pon sakit sampai nak menangis...tiba-tiba k.ann datang, semua sakit...kelakar lah adik nih...bila ada kakak dia, terus tunjuk sakit...nak manja lah tu....tapi dengan abang2 dia, tunjuk kuat..semua ok..suara pon takde macam orang sakit...dengan k.fizah pulak, balik je kakak terus sakit kepala..adik...adik...kelakarlah awak nih...

**gambar tak boleh diattach untuk post kali ini, ditakuti akan dikomersilkan olh pihak yang tidak bertanggungjawab...:)

Wednesday, March 10, 2010

Sekali lagi...

Jumaat, 5hb Mac 2010...
Sekali lagi ann gugur...tapi kali ini kami lebih kuat menghadapinya...mungkin sebab dah ada pengalaman kot...cuma terkilan sebab kali ini ann cukup berjaga2...hubby pon terlalu berhati-hati, sehinggakan semua kerja rumah dia take over...sampaikan masak pon ann tak payah buat...
so, sekarang ini ann dalam proses berpantang...walaupun tidak terlalu serius, tapi ann jaga makanlah..hari ini 1st day kerja, so pagi tadi bangun pukul 5.30 pagi masak lauk sendiri...senang je, sumer rebus..sayur rebus dan ikan rebus...
Kesan dari gugur nih, sakit pinggang yang keterlaluan...kesan dari gugur kali pertama dulu, masih sakit lagi...bila kedua nih, sakit tuh macam sekali ganda...sakitnya bukan bahagian tepi seperti kita datang haid, sakitnya bahagian belakang...sehinggakan ann tak boleh duduk, berjalan dan berdiri dalam tempoh yang lama...

**Allah bagi kita ujian dan sakit, tanda Allah sayangkan kita...

Tuesday, March 2, 2010

Gangguan Fasa Luteal, Punca Bagi 13% Kes Ketidaksuburan

Sudahkah anda mencuba kaedah BBT seperti dalam Report 'Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT' yang anda download sebelum ini?

Artikel ini adalah merupakan suatu lanjutan kepada report 'Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT'. Artikel ini lebih mudah difaham oleh mereka yang telah mula menjadikan aktiviti mencatat BBT sebagai rutin harian mereka. Mudah-mudahan artikel ini bermanafaat.

Apa Itu Fasa Luteal

Suatu kitar haid terbahagi kepada dua fasa.

1. Fasa Folikel - Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi

2. Fasa Luteal - Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Oleh itu, pemisah antara fasa folikel dan fasa luteal adalah haid dan ovulasi.

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari.

Fakta Penting Tentang Fasa Luteal

Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain. Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah.

Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu, jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.

Berikut adalah suatu 'misconception' bagi seseorang wanita yang mengunakan kaedah kalendar bagi mengira hari-hari subur iaitu mereka kira dari 'depan' iaitu dari fasa folikel sedangkan fasa folikel boleh berubah-ubah. Sebaliknnya, pengiraan hari ovulasi dan hari-hari subur ini sepatutnya dikira dari 'belakang' atau dari fasa luteal ini.

Dengan mengambil kira fakta ini, kita boleh kesan waktu ovulasi dalam sesuatu kitar haid dengan formula berikut:

Tempoh Kitar Haid - Tempoh Fasa Luteal.

Contoh:

Tempoh Kitar Haid = 28 hari

Tempoh Fasa Luteal =12 Hari

Ovulasi : 28-12=16

Oleh itu, ovulasi akan berlaku pada hari ke 16 bagi kitar haid wanita ini.

Formula inilah yang digunakan oleh mana-mana Kalendar Ovulasi bagi mengesan hari-hari subur. Dalam ebook Rahsia Mudah Hamil, kami ada terangkan bagaimana untuk mengesan hari-hari subur berdasarkan Kaedah Kalendar ini dengan lebih detail dengan bantuan satu gambarajah khas. Hanya rujuk gambarajah tersebut sahaja dah boleh tahu bila hari subur tanpa perlu kira-mengira seperti di atas.

Bagaimana Mengesan Fasa Luteal dari carta BBT?

Fasa Luteal = bermula dari Ovulasi hingga Hari pertama Haid.

Bagaimana untuk kesan tempoh fasa luteal ini melalui carta BBT? Rujuk gambarajah di bawah.

Berdasarkan rajah di atas,

tempoh kitar haid wanita ini = 28 hari.

Ovulasi berlaku pada = hari ke 14

Tempoh fasa luteal adalah = 14 hari

Apa Itu Gangguan Fasa Luteal?

Bagi kebanyakan wanita, fasa luteal adalah sekitar 14 hari, bahkan mungkin juga bagi sesetengah wanita sehingga 17 hari. Keadaan ini adalah normal.

Seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika fasa lutealnya menjadi pendek dan haid akan berlaku lebih cepat setelah ovulasi. Atau lebih tepat lagi, seseorang itu dikatakan mengalami Gangguan Fasa Luteal jika didapati fasa lutealnya adalah 10 hari atau kurang.

Berikut adalah Definisi 'Luteal Phase Defects' yang kami dapat dari laman MediLexicon iaitu sebuah laman web yang menyediakan servis Online Medical Dictionary.

A condition characterized by inadequate secretion of progesterone during the luteal phase of the menstrual cycle, with resultant infertility;

(Satu keadaan dimana kekurangan rembesan hormon Progesteron ketika fasa luteal dalam sesuatu kitar haid yang mengakibatkan ketidaksuburan)

Wanita yang mengalami Gangguan Fasa Luteal tidak dapat menghasilkan hormon Progesteron yang mencukupi ketika Fasa Luteal. Oleh itu, dinding endometrium tidak bersedia sepenuhnya untuk proses penempelan dan pembentukan janin.
Menurut suatu kajian yang dilaporkan oleh Human Reproduction, Vol. 1, No. 3, pp. 145-147, 1986, Juan Balasch et al mendapati bahawa 46 dari 355 wanita yang mengalami masalah kesuburan adalah berpunca dari Gangguan Fasa Luteal.

Bagaimana Mengesan Gangguan Fasa Luteal dari Carta BBT?

Kita dapat mengesan Gangguan Fasa Luteal ini melalui carta BBT, iaitu jika jarak diantara ovulasi dan haid seterusnya adalah 10 hari atau kurang. Fasa luteal ini mestilah lebih dari 10 hari bagi menyokong kehamilan. Jika ini dapat dilihat pada carta BBT anda, segera dapatkan pandangan doktor berdasarkan carta BBT tersebut.

Kami berharap agar tidak ada yang akan bertanya melalui email terhadap bentuk2 carta BBT anda kerana adalah mustahil untuk dibuat sebarang analisa terhadap carta BBT hanya melalui email. Buatlah satu temujanji bagi satu sesi konsultasi profesional oleh doktor. Usaha anda untuk membuat catatan BBT setiap hari sangat membantu doktor untuk membuat diagnosis lanjut terhadap keadaan kesuburan anda. Mereka akan membuat ujian lanjutan yang lebih tepat bagi pengesahan.

Penutup

Kami tidak akan menyentuh tentang sebarang kaedah rawatan kerana penulisan ini hanya khusus bagi mengesan 'Gangguan Fasa Luteal'. Tapi apa yang penting, adalah Gangguan Fasa Luteal ini biasanya boleh dirawat.

Kesimpulannya, inilah diantara kelebihan catatan BBT walaupun kaedah ini agak kuno, rumit dan leceh berbanding kaedah LH kit ataupun OPK(Ovulation Prediction Kit) yang dikesan berdasarkan hormon LH. Kelemahan kit LH, ia hanya mengesan peningkatan aras hormon LH, tetapi tidak dapat mengesahkan jika ovulasi benar-benar berlaku ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah satu kaedah bagi mengesan tanda-tanda Gangguan Fasa Luteal. Corak carta BBT bukanlah keputusan yang muktamad bagi mana-mana masalah kesuburan. Tetapi memandangkan ia adalah kaedah yang anda boleh buat sendiri (DIY), maka ia boleh dijadikan sebagai satu panduan awal sebelum mendapatkan khidmat nasihat professional dari doktor.

Di pusat-pusat rawatan kesuburan, mereka mungkin akan menggunakan kaedah-kaedah lain seperti 'Endometrial Biopsy' yang dikatakan paling tepat bagi mengesan Gangguan Fasa Luteal.

Akhir sekali, jika anda dalam ikhtiar untuk dapat zuriat, jangan menganggap bahawa catatan BBT semata-mata untuk mengesan hari-hari subur, tetapi ia adalah sebagai sebahagian dari proses mengenali proses-proses yang berlaku dalam diri seorang wanita.

**Catatan ini ann perolehi dari seorang kawan baik. so, letak kat blog supaya senang nak simpan dan review bila perlu.

Belin@sesirat??

Apakah nama komersil binatang ini?

Belin@sesirat???

Apakah ini, ayah ann kata binatang nih namanya belin...tapi abang ipar kata nama lain,ann tak ingat. Spesies sama macam belut..cuma ianya lebih langsing..rupanya sebijik macam ranting kayu..mula-mula memang kami semua tak perasan, tapi tiba2 ann nampak ia bergerak2 dalam lopak atas jalan depan rumah rehat kami di Taman Negeri Endau-Rompin. So, kami pon berdiskusilah berkaitan binatang ini. Along ann kata belin nih bagus untuk merawat luka...letak dalam minyak urut pon ok katanya..tapi ann tak tergamak lah nak pegang atau tenung lama-lama...geli geleman...
Ann dah cuba google tapi tak jumpa juga...kalau ada sesiapa yang tahu, tolonglah bagitau yer...

Nur Shasha Dania

yang pasti mata ikut mama dia...


Kepada kawan-kawan yang belum sempat melawat Kak Tie yang baru lepas bersalin, ini ann ada sekeping pic anak dia untuk semua...tapi sempat snap satu je sebab bateri kamera dah weak sesangat...Inilah permata hati Kak Tie dan suami setelah 3 tahun menunggu...yang kelakarnya Kak tie kata, dia beli semua keperluan shasha warna biru sebab ingatkan 'Haikal' yang keluar...siapakah Haikal? nama anak lelaki Kak Tie..(dia dah chop lama dah nama tuh, tapi orangnya masih celah-celah awan lagi...hehehe)
Tahniah Kak tie dan Pian...

klu ann tak gugur hari tuh, mesti ann pun dah bersalin@menunggu hari sebab due date kitorg selang 4 hari jer...tapi takpe semua yang berlaku ada hikmahnya...kan..kan...hehehe...

Monday, March 1, 2010

Apartment Royal Lily, Cameron Highland

Apartment ini adalah milik orang muslim, jadi terdahulu kami melarang sama sekali sebarang makanan atau minuman terlarang yang tidak diizinkan agama Islam dibawa kedalam kediaman. Anda juga ditegah membawa binatang peliharaan ke kediaman ini. Kerjasama anda amat-amat dihargai... bersama-samalah kita berkongsi dan menghormati sesama insan.


RUANGAN RUANG TAMU


TANDAS


MEJA MAKAN


BILIK TIDUR


DAPUR

Pemandangan di luar dan kawasan sekitar...
Royal Lily Apartment

Dekat dengan bank dan kedai

Kawasan Parking Kereta

Kedai dobi pun dekat

Pemandangan dari Apartment

Royal Lily Apartment

Apartment 3 Bilik - Dari RM180.00 Ke Atas

*Harga pada hari cuti lain yer...up sikit tapi takdela mahal sangat...
**Kawan-kawan, aper lagi..boleh la kita buat aktiviti outdoor ICT..jommmm....saper nak ikut..cepat bagitau..pastu pakat booking apartment nih..still jimat..boleh masak2..bestnyer...
So, kepada sesiapa yang nak booking bolehlah contact Ann atau call seorang lagi Dyana (012-5411707).