Sunday, October 17, 2010

Happy Birthday Ann...


Alhamdulillah, ann sempat meraikan ulang tahun yang ke-29...lebih bermakna bila ibu dan ayah ada disisi...wlupon hubbyku bz menyiapkan kereta customer..huhuhu...thanx ibu and ayah yang bersusah payah memastikan ann sihat dan gembira sehingga sekarang...tanpa sokongan ibu dan ayah, ann takkan berada disini...menghadapi ujian kehidupan bagi mematangkan diri ini...

Bersama insan2 tersayang...


konvokesyen Apit

Hari Khamis lepas, 14hb Oktober 2010...ann bersama ibu dan ayah pergi ke konvokesyen UPM-IPTS ke 12. kami pergi sebab adik ann yg belajar kat Kolej Teknologi Timur, Sepang tuh da tamat pengajian peringkat diplomanya...dan skrg nih sedang sambung ke peringkat degree kat UPM Serdang pulak...mula2 kami nih pergi tak menyangka ada surprise untuk kami...seperti biasa, ann dan parent duk kat dalam dewan...mula2 tengok buku aturcara...terkejut bila baca part nih...
Siapa sangka dia akan smpi ke tahap ini...

dan kami skali lg diberi kejutan bila dia dilantik sebagai wakil graduan untuk memberi ucapan...masa ini mmg air mata tak boleh tahan...sbb adik ann nih tak sesempurna manusia normal lain...bila dia berdiri kat atas pentas tuh, ann mmg terasa berbaloi kerana menyokong tindakan dia untuk keluar rumah dan sambung pelajaran. Tiga tahun lepas, masa dia meluahkn yg dia nak sambung belajar, ann mmg sokong 100%, tapi ibu dan ayah berat hati nak lepaskn dia sebab keadaan fizikalnya yg mungkin akan menyukarkannya menjalani kehidupan bersendirian di luar...tp ann yakinkn ibu ayah bhw kita mesti bg dia peluang...sbb kita tak selamanya boleh menjaga dia...Alhamdulillah, ibu ayah izinkn..dan inilah hasilnya...


masa dia bg ucapan, bkn kami ber3 je yg menangis, ramai lg makcik, pakcik, lecturer dan pelajar2 termasuk makcik jual bunga kat luar dewan...sehinggakan masa ann dan ibu beli bunga dia bg bear yg kt pic atas nih free je..hadiah tuk apit katanya...

**doa kami, semoga dia boleh meneruskn pengajiannya sehingga peringkat yg lg tinggi untuk jaminan masa depan die...sebab, kami tak selamanya boleh menjaga dia...kerana kami juga akan pergi suatu masa nanti...Tahniah apit...

Wednesday, October 13, 2010

Puteri dan Poksu

Lain dicari, lain yang jumpa..ann sebenarnya tengah cari SKT, tengah belek2 folder 'my doc lama' nih, tiba2 terjumpa pulak benda alah nih...



dan juga ini,


**Bila tengok gambar2 budak berdua nih..rindu pulak....lebih2 lg rindu nak tengok mereka mesra dan rapat mcm dua thn lepas...boleh bergambar berdua, berpeluk...sekarang poksu dah tak nak bergambar berdua ngan puteri...katanya dia lelaki, puteri perempuan..tak nak kawan ngan perempuan...poksu2, puteri tu selalu jadikan poksu dia idola..apa poksu buat, mesti dia nak buat juga...rasa cepatnya masa berlalu dan mereka nih cepat sgt membesar...
**k.ann rindu adik...mak uda rindu akak...bila lah boleh jumpa lg yer..

Monday, October 11, 2010

10.10.10...

Tarikh yang dikatakan cantik dan keramat...10.10.10...ramai yg nak buat majlis perkahwinan pada tarikh ini...tak kira melayu, cina dan apa jua bangsa, berebut2 nak buat pada tarikh 10.10.10...percaya atau tidak, ann ada terbaca di suratkhabar yang ramai ibu2 mengandung nak melahirkan anak pada tarikh 10.10.10...sehinggakan ada ibu yang sanggup melahirkan secara paksa semata-mata ingin melahirkan anak pada tarikh keramat iaitu 10.10.10...
Tapi siapa yang menyangka akan berlaku tragedi yang mengerikan pada tarikh 10.10.10 ini...Kemalangan ngeri yang melibatkan 2 buah bas, 2 buah kereta dan sebuah van ini meragut 12 nyawa dan 40 yang lain cedera termasuk parah...sedih bila baca metro pagi tadi...ngeri bila tengok gambar2 mayat dan kenderaan yang terlibat dlm kemalangan itu...


Kenapa masih berlaku kemalangan ngeri begini? Siapa yang patut dipersalahkan? Apakah yang perlu dilakukan supaya kemalangan begini tidak berulang? Terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa melayang...Benar, semua yang berlaku dengan izin Allah. Kembalilah kita kepadaNya...
Alfatihah buat mereka yang terkorban beragama Islam...Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...

**Jangan terlalu taksub dengan satu2 tarikh dan hari...kerana ianya bukan tarikh kebanggaan umat Islam...

Monday, October 4, 2010

Kenangan yang tak dapat dilupakan...

Nih pic kenangan nih...kredit tuk Kak Mas yg snap pic nih...klu tak die yg terlebih rajin masa jaga ann kat hospital ari tuh, xdela pic kenangan nih...inilah bukti ann dok ward masa org lain sibuk wat persediaan menyambut Aidilfitri yg lepas...mase ni sbnrnye da lapar tp tahan...yelah, org lain puasa dr subuh ke magrib...ann lak puasa dr kul 12 tengah malam sampai kul 11 malam...mau tak lapar...klu ikutkan k.mas, die nak je bg ann minum milo, tp ann yg takut sbb katil ann betul2 depan pintu...hehehe...

Sabah...bila agaknye dpt ke sana lagi yer...

Pic ni da lama, tp saje nak update kat blog nih...at least xdela pic nih hilang nti...bln Jun lepas ann gi ke Labuan, Kota Kinabalu ngan Keningau...pegi bekerja...sambil2 berjalan...tp disebabkan pergi kerana kerja...mmg penat dan ann nyaris2 tertinggal flight masa nak balik KL...yelah, balik KL sorg...mase pergi bertiga...dengan keadaan cuaca lg...mmg mencabar...tp alhamdulillah...selamat gak sampai KL spt yg dijadualkan...penat jgn cerita...sejak smpi KK, dr hari pertama smpi hari nak blk pon masih buat kerja...blk KL pon dengan kerja yg tak berapa nak siap..tp terpaksa balik...

nih on da way dr KK ke Keningau..mmg cantik view kat kwsn nih...


nih model lif...kitorg amik gmbr kt lif nih sbb rasa sedikit jakun ngan lif nih..unik kan...nih kat Hotel Victoria, Labuan...



nilah die kenderaan yg mengangkut kami dr Labuan ke KK...kecik jer...

**teringin nk ke Kundasang..org kata tempat tuh cantik...bile yerk???