Friday, November 25, 2011

HKL ke HSA

Pada 23hb lepas ann check up kat HKL, doktor dah bagi surat untuk refer ke HSA pulak sebab ann bercadang untuk bersalin di JB. kononnya nak dekat dengan parents lah...hehehe...
Kami bertolak dari Bandar Kinrara balik ke JB pada jam 7.00 pagi, 24hb Nov 2011. kami sampai Kempas tepat jam 11.00 pagi.
So, 25hb Nov iaitu pada hari ini, ann kena pergi ke HSA bawa surat yang diberikan oleh doktor di HKL. Disebabkan ann dan En. Azuan tak biasa dengan kedudukan bangunan di HSA, kami pon mula la bertawaf dengan berpandukan signboard dan bertanya kepada doktor2 dan nurse2 yang kami selisih.perghhh...memang mencabar ketahanan fizikal ann yang tengah sarat nih...boleh pulak doktor tu salah bagi direction...bukan setakat salah direction...salah bangunan lagi tuh....sabo je la aku ngan doktor tuh..patutla cam tak confident je menjawab...patutnya kalau tak tau, cakap je la tak tau...tak dela kitorang nih berpusing satu HSA tuh...bukan kecik ok...last2 tanya kat kaunter Bahagian Kecemasan. Barulah rasa confident ngan jawapan yang diberikan. pastu, untuk lebih confident setelah kena kelentong ngan doktor tadi tuh, kitorang tanya lak nurse yang cam senior cikit...oklah sebab jawapan yang diberikan sama ngan org kat kaunter tadi. so, kami pon berjalan lah lagi untuk sampai ke bangunan utama HSA....
Alhamdulillah, tak payah tunggu lama sebab ann dah cukup bulan..doktor pon cakap datang bila dah sakit jer...tapi minggu depan kena gi klinik kat kg melayu untuk check up biasa...harap2 takdela masalah nanti...dan semuanya akan selamat...

p/s: org kata, malu bertanya sesat jln...tp klu tak nak sesat, tanyalah kepada org yang betul...hehehe...

Tuesday, November 15, 2011

Cuti Panjang...

Alhamdulillah,
Permohonan untuk cuti bersalin ann telah diluluskan minggu lepas...dah dapat surat kelulusan... Insyaallah Ann akan mula bercuti pada 24hb November 2011 hingga 29hb November 2011 (Cuti Rehat)...Dan akan sambung cuti bersalin pada 30hb November 2011 hingga 27hb Februari 2012. So, pada 28hb Februari 2012 ann kena melapor diri masuk kerja semula..jangan nak bermalas-malasan lagi yer...hihihi...
So, selamat bercuti panjang kepada diri Ann sendiri..hwahaha....suka ker???tah la...macam-macam perasaan ada sekarang nih...

p/s: post ini adalah untuk mengingati diri ann sendiri supaya tidak terlajak cuti nanti...so, apa2 nanti boleh refer kat blog aje...hehehe...

Thursday, November 10, 2011

Lawatan ke Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Pada 22hb Okt 2011 (Sabtu) yang lepas, PUSPANITA JMM buat lawatan ke Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil.
Penghuni rumah ini seramai 23 orang. tapi yang ada masa kami datang tuh adalah dalam 18 orang sahaja. Kami buat aktiviti sains yang dikendalikan olh kak salleha...best jugak aktiviti yang kak sal buat tuh...kami yang dah bukan kanak-kanak pon suka nak join...hehehe...

Bergambar di depan rumah anak yatim/miskin Tmn Baiduri. Nih sebahagian ahli jer...yang lain dah sibuk masuk kereta nak balik...


Ann yang dah tak larat sebab duduk lama sangat...hanya mampu tersandar di dinding sahaja...

gambar anak-anak yatim tuh tak dapat lagi...sejak kamera ann dah rosak nih, kena tunggula gambar2 dari kawan2...

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1433H


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga dan semua sahabat-sahabat khususnya..dan kepada semua umat Islam...

Tahun ini sekali lagi Ann dan En. Azuan beraya di perantauan...huhuhu...takde maknanya beraya...sebab takkan ada langsung lauk-pauk raya seperti ketupat, rendang ibu, kuah kacang...arrggghhh....tension bila memikirkan pasal makanan-makanan ini...
Sayunya hati bila terdengar suara takbir dari surau dekat rumah nih...esok lagilah sayu sebab En. Azuan kerja...hwwwaaaaa.....mesti boring esok...sbb sorang-sorang duduk kat rumah...
Kepada kawan-kawan yang balik beraya di kampung tuh..didoakan selamat pergi dan selamat kembali nanti yer...balik sini nanti bawaklah makanan-makanan special raya yer...hihihi...

Mohammad Haziq Haikal

Memperkenalkan...
Anak saudara yang ke-7
Anak kepada angah ann, adik Mya...
Nama dia MUHAMMAD HAZIQ HAIKAL BIN MOHAMMAD HANAFI
Lahir pada 6hb Oktober 2011 di Kuala Kangsar


Sekarang tengah menunggu anak saudara ke-8...daripada adik ann lak...pastu barulah giliran ann lak..insyaallah...
So, tahun ini ibu dan ayah dapat 3 cucu sekali...insyaallah semuanya akan selamat...Amin...