Sunday, October 30, 2011

TIPS MENYEMBUHKAN MATA RABUN (Ikhtiar)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".

p/s: klu boleh mmg tak nak pakai cermin mata...kadang2 lenguh hidung la...sebab kena tahan bingkai cermin mata nih..modal pon besar tiap kali wat cermin mata...

Friday, October 28, 2011

Hi...

Setelah usia kandungan 29 minggu, barulah dia nak kenalkan diri dia...selama ini scan, dia tetap dengan pendirian tak nak kenalkan diri dia..mungkin dia pemalu macam ibu dia kot..hihihi...
imej scan nih diperolehi dari HKL, bahagian MFM...ape MFM tuh..ann dah lupa..hehehe...
so, setelah hampir setengah jam scan...dia pun memperkenalkan diri...insyaallah nama dia nanti MUHAMMAD ADIB DAYYAN...
yang membawa maksud
MUHAMMAD = YANG TERPUJI
ADIB = BERADAB, SOPAN, PUJANGGA
DAYYAN = HAKIM, PELINDUNG, PENJAGA

so, nama yang satu lagi kena simpan untuk adik Adib...insyaallah...
DYANA NUR AMANI....
yang membawa maksud
DYANA (DIANAH) = AGAMA
NUR = CAHAYA
AMANI = CITA-CITA, KETENANGANKU, KEINGINANKU, KESEJAHTERAANKU

diharapkan semuanya akan selamat...anak ini dan ann akan selamat dan sihat nanti...amin....

Thursday, October 27, 2011

Kenali Cecair Emas Berharga (kolustrum)

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan

Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

Membebel dalam senyap...di pagi hari...

Pagi ini jam 7.00 pagi, sampai je di office, lengang je...sampai tingkat 5 nih..lagi lah lengang..tak jumpa org langsung...dalam hati berkata..'aik, takkkan yg lain sume cuti kot??' dah mula lah aku cuak..kot2 lah k.mas n ana pakat EL ker..saje nk tinggalkan ann sorang2 kat office nih ari nih...hehehe...mau ann mintak en hubby dtg amik ann klu itulah yg berlaku...hahaha...taknak la dok affice sorang2...bosan tau...boleh gila sbb tak bercakap ngan org...
takpe, ann pon mula buka nasi goreng kampung yg dibeli tadi..makan dulu...tepat jam 7.35 pagi, k.mas sampai...hehehe...seronoknye walaupon ann belum menegur dia lg pagi nih..konon2 cam buzy la...hahaha...
tp yang pasti minggu ini perjalanan ke office mmg best..sebab tak jem langsung..kereta pon tak byk kat atas jalan...bestnya kalau hari2 cam nih kan...
oklah, hari ini ann nak mulakan kerja dengan mengkaji sejarah projek RMK9 yang MOSTI nak tengok tuh...harap2nya boleh selesaikan hari ini...amin...hehehe...chaiyok..chaiyok ann!!!

Monday, October 24, 2011

minggu yang serabut

Minggu ini ann kena jaga ofis...ramai yang tak ada...bos n haida gi outstation ke Sarawak seminggu...Chandra cuti raya start esok sampai jumaat...en. ibrahim lak cuti seminggu...so, tinggal lah ann dan ana, tp hari ini ana pulak MC...so, tinggal lah ann dan chandra...tp chandra pon half day...
hari ini mmg banyak kerja tp hanya mampu susun dalam kepala jer...esok nak cuba settlekan semua...tp rasa macam tak mampu juga selesai esok...huhuhu...td dapat lg tugasan yg remeh dan rumit...lebih2 lagi bila bos tak ada...kena buat sorang2...esok nak kena senaraikan semua projek RMKe9 dari tahun 2006 - 2010...nak kena buka fail2 lama lagi...larat ke aku nak buat sorang2...dengan keadaan badan yg semakin memberat nih...tak larat rasanya...
opss....bila pulak nak kemaskini baget ek???adoi...pening kepala bila fikir...
sempat ke nak siapkan semua kerja sebelum cuti bersalin nih???
Disebabkan kepala yg tak fokus, petang td mandi tiba2 boleh plak shower tuh jatuh atas batang hidung???adoi!!!sakitnye...berdarahlah juga...nasib baik tak patah batang hidung nih..dah la hidung tak mancung...makinlah penyek...makin tension bila ngadu ngan en. azuan, dia boleh marah kita blk...kata kita tak berhati2...hello cik abang oi..takkan lah saya nak hentak benda alah tu kat hidung nih???pening lak kepala nih tiba2...ops...hal rumah tangga..tak leh citer...
mmg serabut lah...dengan perasaan yang tak best sebab rasa cam ada member yg terasa dengan ann...tanpa ann sedar...tp mmg takde niat pon nak wat dia terasa..maybe sebab ann serabut ngan kerja yang byk...ann pon tercakap something yg wat dia terasa...ntahlah...tak boleh fikir dah nih...tp kenapa otak nih tak nak berhenti berfikir????
adoi....rasa nak dok kat opis skrg nih gak...nak wat kerja, nak busykan diri... biar tak yah pikir benda2 yang boleh wat ann tak tenang....tp dah jd istri org nih, tak leh la plak nak gi lepaks kat opis tuh sesuka hati bila2 masa pon kan...aaarrrggggghhhhhh......tak suka lah!!!!

Sunday, October 16, 2011

Perkembangan Terkini yang Semakin Kembang...

Alhamdulillah....terasa cepat masa berlalu....
hari ini usia kandungan ann masuk 32 minggu...ann dah mula rasa sedikit cuak bila dah masuk 7 bulan nih...
2 minggu lepas, masa usia kandungan 30 minggu...ann buat check up seperti biasa di klinik. terkejut gak sebab berat turun sebanyak 1.2kg...hemoglobin (Hb) rendah dari 11 iaitu 10.6 dan kena kencing kotor...memang rasa down sangat bila nurse tu cerita effect kat baby kalau (Hb) rendah...takut sangat2...tapi bila keesokan harinya pergi appointment kat HKL, doktor kata jangan bimbang sgt...sebab Hb tuh masih atas 10...masih ok lagi...lega rasanya...
Pasal berat turun tuh, ann pon buntu sbb ann rasa ann dah makan ikut keperluan. tak adalah lapar pon...tapi pakar pemakanan kata sebab ann takut nak makan...sbb sebelum nih masa buat MGTT, kandungan gula ann tinggi...so, ann kena kontrol makan...sebab tuh pakar tuh ajar apa makanan yang boleh dan tak boleh makan...19hb nih kena buat BSP dan 20hb kena gi klinik buat check up dan review result BSP...BSP ann buat sendiri sebab dah beli Blood Sugar Meter tuh..senang, tak payah pergi klinik dan farmasi...
Apa-apa pun, ann berdoa semuanya akan selamat...baby akan sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna dan kuat...hehehe...

Saturday, October 15, 2011

Bersawang sudah...

Assalamualaikum semua...

Dah lama sangat ann tak update blog nih...dah macam nak bersawang dah...hehehe...tak tau kenapa, tiba2 rasa macam nak update blog nih pulak...insyaallah akan ada cerita-cerita yang akan menyusul selepas ini...