Wednesday, February 24, 2010

Pendrive 1 Malaysia


Spesifikasi:
kat base biru tu untuk sticker... Kat situ nanti ada ayat "
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" pastu ada la kapasiti GB pendrive tu skali.Sticker tu ikut warna bendera Jalur gemilang. Warna pada sticker juga bezakan kapasiti pendrive ni. Boleh ditempah dalam kuantiti yang besar untuk organisasi(Harga boleh runding).

Lanyard Info:
Tali biru dengan tulisan "1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" warna putih.


Sticker Info:

Metal Case:



Promotion:
Pendrive 4Gb + Exclusive Case + Lanyard = RM50.00
Pendrive 8Gb + Exclusive Case + Lanyard = RM70.00
Pendrive 16Gb + Exclusive Case + Lanyard = RM130.00

**Sangat sesuai untuk dijadikan souvenir bagi sesebuah organisasi kerana boleh letak logo organisasi pada base tu.

Tuesday, February 23, 2010

Pagi yang 'panas'

Pagi ini saya dihantar hubby ke officemenggunakan kereta customer..sebab kereta kami customer pakai...kira tukar pakai lah...so, hubby mmg berhati-hati sangat sebab amanah orang untuk menjaga kereta...
tapi tadi di jalan templer nak masuk jalan Gasing, ada satu kereta saga putih nih tiba-tiba meluncur laju menghala ke kereta kami tanpa signal sambil tengah rancak berbual di handphone...so, hubby yang sedang cool...tiba-tiba berangin satu badan...takut juga saya sebab dia memang marah sangat kat drebar saga putih tuh...
alhamdulillah, takde apa-apa berlaku...

Monday, February 22, 2010

Susahnya menumpang kasih sayang anak orang...

Sedih...itulah ungkapan yang paling sesuai untuk situasi saya sejak dua tiga hari ini...baru kini terasa susahnya menumpang kasih sayang anak orang...anak yang bukan berbin/berbintikan suamiku, anak yang bukan lahir dari dalam rahimku...
mungkin orang memandang senyum dan gelak ketawaku...tapi orang tidak nampak hati ini yang menangis...saya redha dengan ujian Allah, tetapi kadang kala terguris juga hati ini jika keikhlasanku dipertikaikan...
Syukur alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang memahami dan sering menemani ketika saya bersedih...bukan mudah mencari seseorang yang betul2 faham perasaan ini...mengharapkan sesuatu yang saya tahu bukan mudah untuk saya dapatkan...tetapi saya sedar, tiada satupun yang dapat menandingi kekuasaan Allah...hanya doa yang kupohonkan kepadaMu Ya Allah....Kuatkanlah imanku dalam menghadapi ujianMu ini...

Kembali bertugas...

assalamualaikum semua...
hari ini adalah hari pertama bekerja setelah bercuti panjang selama seminggu...hai...cam tak tau nak start dari mana pulak...bos, tolong bagi kerja...hehehe...

Thursday, February 18, 2010

aktiviti luar ICT

Disebabkan selalau sgt tak dapat respond bila cadangkan dalam email, ann buka cerita kat blog ini saja lah yer..memandangkan za da buka cerita nih...ann ngan kak ara ada bercadang nak buat percutian di Cameron Highland pada bulan Julai nih...kalau ramai yang setuju, ann boleh tolong tempahkan rumah peranginan Apartment Lily sebab adik ann kerja kat company tuh. Ann dan Cengko ada buat tempahan rumah persekutuan (bilik RM25.00) pada 31 Julai 2010 (Sabtu)...so, insyaallah kalau tak jadi dengan yang lain ann akan pergi gak ngan hubby...tapi klu nak lagi meriah boleh la pakat pergi ramai2....
so, kita lihat apa kata survey????!!!!

Menu Breakfast Baru

Mulai dari semalam, ann terpaksa tukar menu sarapan ann...ann mesti makan lebih protein dan calcium...ini disebabkan ann kekurangan darah dan darah ann kurang pekat...oleh itu, ann disuruh makan 2 biji telur separuh masak (telur omega plus) dan susu...so, untuk pertama kalinya dalam hidup ann bancuh susu dutch lady full cream untuk diri sendiri untuk sarapan pagi tadi...lepas minum susu dan makan telur separuh masak 2 biji, tekak ann terasa kembang semacam...terus tak boleh nak masuk makanan lain...macam manalah ann nak sesuaikan diri dengan makanan2 nih untuk tempoh 2 minggu nih...tak terbayang rasanya...
Ini bahagian ann, jadi ann redha menerima ujian dariNya.

**Ya Allah, kuatkanlah semangatku dan berilah daku kesihatan yang baik...dan berikan kami rezeki 'ini'...lindungilah dia supaya dia berpeluang lahir dan hidup di dunia ini...aminnn....

Wednesday, February 17, 2010

Percutian Keluarga

Ahad, 14 Februari 2010.
Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.


Kami sekeluarga telah konvoi dua buah kereta, satu van. Tempat ini dicadangkan oleh abang ipar...ann dan ahli family yang lain memang tak pernah jejak lagi tempat ini...tempat ni memang cantik, tapi masalahnya terlalu jauh ke dalam...oklah, layan gambar...
















Ini air terjun Seri Mahkota. Memang cantik tapi airnya dalam sangat...hubby kata tempat tuh tempat latihan tentera, so air terjun kat situ bekas kena bom. sebab tuh la dalam sangat.


Buat bbq, ajk bakar 4 orang termasuk akmal n puteri...baju merah tuh mandor je...tunggu yang da siap bakar je..hehehe...































Ada lagi pic tapi nanti upload kemudian...sekarang tengah berebut pc dengan orang yang addicted mafia war...

Thursday, February 11, 2010

Menghitung Hari

Menghitung hari,
detik demi detik,
Masa ku nanti apakan ada,
Jalan cerita kisah yang panjang,
Menghitung hari....

**pada masa ini, saya memang sedang menghitung hari...untuk sesuatu yang sentiasa dinanti...:)
Dalam kebimbangan, hati sentiasa berharap supaya doa saya sentiasa didengar dan dimakbulkan Allah...Aminn...

Wednesday, February 10, 2010

Balik Kampung...

Insyaallah ari Jummat nih balik kampung...mula2 jemput adik di Balakong, pastu jemput sorang lagi kat Sepang...cukup satu kereta 4 orang...seronoknya raya kali nih boleh berkumpul adik beradik...mungkin 3 orang adik tak dapat balik...so tinggal 8 orang adik beradik dengan ipar duai dan anak saudara...sudah cukup untuk menggamatkan rumah ibu ayah...tapi kalau masuk lagi 3 orang yang tak ada tuh, lagila gamat suasana...lagilah meriah...tak apa, next time kita berkumpul lagi adik beradik...pakat cuti semua...hehehe...tak sabar nak tunggu nak tunggu hari Jumaat nih...