Monday, February 23, 2009

Roselle


Pengenalan

Famili: Malvaceae

Nama Melayu: Asam Paya

Nama Lain: Hibiscus Sabdariffa L., H. Sabdariffa varaltissima, Rozelle, Red Sorrel, Sour-sour, Lemon bush, Florida cranberry, Oseille rouge (Perancis), QuimbombÓ Chino (Sepanyol), Karkadé (Afrika Utara), Bisap (Senegal).

Penerangan

Dahulunya merupakan tumbuhan herba yang ditanam di sekitar laman kediaman sebagai pokok hiasan. Namun kini penanamannya mula dikomersialkan. Berdaun hijau berurat warna merah yang bersaiz dalam lingkungan 7.5 cm sehingga mencecah 12.5 cm. Bunganya berwarna kekuningan dan kelopaknya boleh dimakan. Tumbuhan istimewa ini boleh hidup subur dan ketinggiannya menjangkau 4.8 meter tinggi.

Kegunaan

Tumbuhan herba ini didapati mampu berfungsi sebagai bahan antiseptik, penambah syahwat, pelawas, agen astringen. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi menangani penyakit seperti batuk, ketidakhadaman, lesu, demam, tekanan perasaan, gusi berdarah (skurvi) dan rawatan penyakit hati selain itu ia juga dilaporkan digunakan untuk merawat penyakit barah. Bunga roselle banyak digunakan untuk pembuatan jus, sos, sirap dan juga sebagai bahan pewarna pada makanan.

Ekstrak daripada kelopak bunganya ditemui mampu memberi kesan antispasmodik (penahan kekejangan), antihelmintik dan antibakteria. Selain itu ia telah didapati mampu menurunkan kadar penyerapan alkohol dan mengurangkan kesannya dalam sistem tubuh badan. Remedi yang mengandungi jus roselle dengan garam, lada hitam dan molasses (sejenis bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat Afrika Timur) dikatakan mampu merawat penyakit biliousness (sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata).

Daun tumbuhan herba ini juga boleh digunakan untuk merawat pecahan pada kaki manakala losyen yang dihasilkan dari daunnya digunakan untuk merawat luka, jangkitan kulit dan gigitan serangga.

Di India, biji Roselle diberikan kepada pesakit bagi merawat penyakit kulit, kekurangan darah dan kes-kes ringan bagi ketidakupayaan mental atau fizikal dan ketidakhadaman makanan.

Bahagian bermanfaat

Bahagian: Bunga, daun dan biji

Bahan aktif: Gossy peptin, anthocyanin dan glucoside hibiscin (terkandung dalam bunga)

Friday, February 13, 2009

Sejuk Mata Memandang...

Disebabkan ann da tak tau nak wat aper, so, ann pun dok la menukar aper yg patut...ann raser interface sebelum nih terlalu terang...klu tengah sakit kepada tengok..makin sakit kepala kiter, so ann tukarla kepada kaler yang sejuk mata memandang...lgpun...bagi org yang rabut cam ann nih, elok tengok sesuatu yang hijau selalu...therapi mata orang kata...yelah kot...so klu ade saper2 yg nak wat therapi mata...tenung2kan la blog ann nih yerk...hehehe...

MCS - SKYPE - DIMDIM

Mula2 MCS, da rase tak de ikhtiar nak baik pulih benda alah nih, tukar kepada skype plak...da ok lah klu nak dibandingkn ngan MCS tuh...tp nih skrg nih kiter test DimDim lak...much better la, sbb lebih kurang MCS, dan bolelah berbual ngan pejabat lain...lg jelas dan gmbr nmpk lg clear..so skrg nih tgh dlm proses testing ngan pejabat2 ramalan lain...

Wednesday, February 11, 2009



AKOJAYA 2009,
KEHADIRANMU KU NANTI

Tuesday, February 10, 2009

Renovation

Selasa, 4.20pm...
Ann tengah boring..takde mood sebab sakit kepala...rasenyer kesan MSG yang terdapat dlm makanan yg ann makan td...nilah akibatnya...penin..penin...mata cam nak pejam jerk...cam org lalok..hehehe...cam penah jerk...
so, disebabkan takleh nak pikir sgt...ann pn watla renovation aper yg patut kat blog nih..saje nak test power...bukan power rangers, tp power kekreatifan ann yang mmg sedia tak kreatif nih...cantik tak ruper baru blog nih...nak pilih nih pn penin gak...rambang bijik mata...oklah..ann nak sambung edit yer...tunggu je lah hasilnya..ann pun tak tau...ikut mood semasa...

Wednesday, February 4, 2009

Danga Bay





Cuti CNY yang lepas, ann blk kg...Johor Bahru...Best...cuti seminggu...siap pesan lg ngan member2 jgn kacau...
so, cuti seminggu nih dimanfaatkn bersama family, pastu buat kerja2 penting yg patut...salah satu aktiviti ann ialah, gi Danga Bay...2 kali gi, skali ngan adik beradik ann...skali ngan adik beradik my partner...hehehe...adil...nak bawak skali tak muat kereta...nih yg kena besarkan saiz kereta nih...
tp kitorg sempat pergi malam, tak sempat pergi waktu siang...klu waktu siang best gak, ade Rumah limas, waktu malam nih yg happening fun fair lah...

Gaya Pertama




Husaini masuk taek kwan do...bukan main semangat lg dia.Register trus je start klas...balik pakai baju tuh taknak buka..
Yang klakar nyer, terlalu sayangkan baju tuh sampaikan nak basuh baju sndri..tak nak kakak basuh.sbb kakak basuh lambat...susah payah die basuh baju lain dulu...sian lak tengok...
nih lah gaya asas yang baru dia blaja...jgn nanti dia blasah kakak die sudah...