Tuesday, June 4, 2013

Adib Mencipta Sejarah...

2hb Jun 2013 (Ahad), Jam 6.00 petang (lebih kurang)
Kali nih ann nak postkan cerita adib budak bertuah tuh....hari ahad lepas, kitorg pergi birthday party anak kawan ann...balik dr party tuh, kitorg singgahla kat Ambank sebab ann nak bayar duit kereta...tengah2 dok kalut bercakap ngan operator bank tuh..sbb transaksi ann gagal..tapi duit da kena telan...abah adib berlari cakap..."dah jom kepala anak berdarah nih!!!"..sambil dukung adib yang menangis...ngan tangan abah dia yang penuh darah..ann punyalah cuak...tp masih terpaksa melayan operator kat telefon...terus masuk kereta...pergi klinik yang paling dekat ngan bank tuh...masuk je klinik, doktor tu kata luka dia dah bengkak..kena bawak gi hospital...terus dalam kepala nih...hospital terdekat!!!ok, Sunway Medical Centre...doktor kat klinik tuh tolong tampal je luka kat kepala adib tuh sementara nak sampai ke hospital...
masuk je dalam kereta semula, adib dah tak menangis...sekejap je menangisnyer...sampai ke hospital, terus je gi emergency...adib dah tersengih2 ngan nurse tuh...masuk dalam tuk rawatan pon..dia dah ok...cuma ann ngan abah dia risau takut dia kena jahit..mesti susah nak pegang nih..tp doktor yang check tu kata tak payah jahit..sebab luka di luar sahaja..alhamdulillah...dia letak gam aje tuk cantumkan semula luka tuh..
tapi yang kelakarnya..adib nih memang peramah...nakal pon ade...geram je tengok muka dia masa dia dok gelakkan budak lain yang menangis kat hospital tuh....sekali time dia kena, menangis tak ingt..doktor ngan nurse lak yang gelakkan dia...hahaha...itulah adib...
sebelum balik, adib berkhidmat sebagai sukarelawan mententeramkan seorang budak perempuan, umur lebih kurang dia gak la...budak perempuan tu menangis mungkin sebab demam or batuk, x selesa agaknya...adib ni yang tengah didukong oleh abahnya sibuk nak turun...nak gi kat katil budak tuh..dah sampai kat katil budak tuh..dok main cak-cak ngan budak tuh...gelak2..buat2 aksi sampai budak tuh gelak...memang ade bakat anak ibu nih...hihihik...
balik dari hospital..abah dia konon2nya cakaplah..."adib, nih pengajaran kat adib...lepas ni jgn jalan2 dalam kereta..dok diam2...".abah dia tak abis cakap pon lagi..dia dah berdiri dah....hai...risau lak ann tgk adib nih..dia tak faham cakap orang lg...
sampai kat rumah..dia main cam biasa..cam takde sakit langsung..ibu n abah dia lk yangcuak tgk sebab dia boleh lak berjoget2 sambil sandar2 kat dinding...harap2 luka adib cepatlah baik..janganlah ada kesan sampingan akibat daripada luka tuh...risau lak bila fikirkan...
gambar takde sbb xsanggup nak snap...

Tuesday, February 26, 2013

Permohonan Maaf

assalamualaikum dan selamat pagi...
Kepada pengguna LDP petang semalam yang ternampak kereta saga hijau yang dipandu seorang wanita sambil meriba anak mohon maaf yer...sbb wanita itu bukan sengaja nak memangku anaknya..tetapi anaknya telah mengamuk dan memanjat baby seat..so, tanpa fikir pjg wanita itu terpaksa brek mengejut untuk mengambil anaknya yang dah nak jatuh.mula-mula anaknya hanya menangis sambil main syiling..tapi lepas dah boring agaknya anaknya nak memandang ke depan pulak...dengan keadaan kelam kabut tu, kepala anaknya terhantuk sedikit ke stereng...kesian anak itu...bila dah dapat pandang depan, anaknya nak pegang stereng pulak..mmg kelam kabut la wanita itu mengawal stereng sebelah tangan dengan anaknya yang menangis tak berhenti...kesian wanita itu...sampai saja di rumah dia terus menangis sebab sepanjang perjalanan dia hanya terbayangkan kereta die terbabas...dia mmg takut sgt2..anaknya masih tak faham klu dia marah sbb anaknya baru berusia 1 tahun 2 bulan...dan setakat ini hanya tau 3 perkataan...ibu, abah, helo...
saya bagi pihak wanita itu mohon maaf yer kepada pengguna LDP dan Lebuhraya Bukit Jalil yg terserempak dengan keretanya petang semalam...

Tuesday, February 19, 2013

Terlalu Berat UjianMu ini Ya Allah...

Ya Allah...terlalu berat ujianMu ini..tak tertanggung rasanya aku sebagai hambaMu untuk menghadapinya...Aku tak kuat Ya Allah...Kau berikanlah aku kekuatan...Berikanlah aku petunjuk dalam membuat keputusan..keputusan yang akan lebih mendekatkan aku denganMu...aku terlalu takut untuk menghadapi semua ini Ya Allah...Takut dalam membuat keputusan untuk diriku dan juga anakku...Kau bantulah aku, Kau bimbinglah aku supaya aku sentiasa berada di atas jalan menuju keredhaanMu...dan Kau redhakanlah hatiku dalam menghadapi ujianMu ini...kau tunjukkanlah hikmah di sebalik apa yang berlaku ini Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin.....

**16hb Feb 2013 - segalanya berubah kini...