Thursday, August 26, 2010

Sekali lagi...Allah menguji kami...

Akhirnya dia telah ditetapkan bukan milik kami...walaupun sedih tapi aku tetap redha dengan ketentuan Allah ini...mungkin sekarang belum rezeki kami untuk memilikinya...hanya Allah yang tahu hikmah disebalik kehilangannya...aku sentiasa berdoa semoga kami kuat menerima ujian Allah ini...setelah 11 minggu berusaha, akhirnya dia pergi jua meninggalkan aku...kini yang tinggal hanya kesedihan dan kesakitan...dia masih berada di dalam rahimku...tetapi aku tahu yang dia telah 'pergi' meninggalkan aku...bila dia akan keluar, hanya Allah yang tahu...
Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan dalam menghadapi ujian dariMu ini...sesungguhnya daku amat memerlukan kasih sayang dariMu...Amin...

**so, kepada sesiapa yang telah baca entry ann nih, tolong jangan tanya lagi apa2 berkaitan hal ini bila kita bertemu nanti..tolongla sebab ann tak nak orang nampak kesedihan ann apabila hal ini diungkit lagi...biarla ianya tersimpan kemas dalam diri ini...tidak perlu dikongsi kesedihan ini dengan sesiapa...kerana ianya bukan sesuatu yang mengembirakan untuk dikongsi...
**kepada eza, tak dptla kita cuti bersalin sama2 thn depan...:(

7 comments:

de 'kool said...

inalillah... byk2kan bersabar ann... tp mesti ingat 'Dia' akan mendoakan utk ibu & ayah 'Dia' kelak...

gadiselatan said...

cengko:yer ker pokcik 'dia' akn doakan, sbb lom ade roh lg...

citong said...

inalillah...
jangan putus usaha.
rezeki tu pasti ada.
Bila tuhan uji kita.. maknanya
kita adalah insan terpilih yang sangat disayangiNYA.
Awak sgt bertuah!

eZa said...

be strong ann. semua ade hikmahnya. insyaallah, ade rezeki lain untuk awak. yg penting kite terus berusaha!

take care eh ;)

MiMi said...

sabar ann....be strong dear...

udinho said...

Ann.. Bersabar... insya Allah kami mendoakan kesejahteraan kamu berdua... Betul kata Cengko.."tp mesti ingat 'Dia' akan mendoakan utk ibu & ayah 'Dia' kelak".....

gadiselatan said...

thanx semua kawan2...