Sunday, October 17, 2010

konvokesyen Apit

Hari Khamis lepas, 14hb Oktober 2010...ann bersama ibu dan ayah pergi ke konvokesyen UPM-IPTS ke 12. kami pergi sebab adik ann yg belajar kat Kolej Teknologi Timur, Sepang tuh da tamat pengajian peringkat diplomanya...dan skrg nih sedang sambung ke peringkat degree kat UPM Serdang pulak...mula2 kami nih pergi tak menyangka ada surprise untuk kami...seperti biasa, ann dan parent duk kat dalam dewan...mula2 tengok buku aturcara...terkejut bila baca part nih...
Siapa sangka dia akan smpi ke tahap ini...

dan kami skali lg diberi kejutan bila dia dilantik sebagai wakil graduan untuk memberi ucapan...masa ini mmg air mata tak boleh tahan...sbb adik ann nih tak sesempurna manusia normal lain...bila dia berdiri kat atas pentas tuh, ann mmg terasa berbaloi kerana menyokong tindakan dia untuk keluar rumah dan sambung pelajaran. Tiga tahun lepas, masa dia meluahkn yg dia nak sambung belajar, ann mmg sokong 100%, tapi ibu dan ayah berat hati nak lepaskn dia sebab keadaan fizikalnya yg mungkin akan menyukarkannya menjalani kehidupan bersendirian di luar...tp ann yakinkn ibu ayah bhw kita mesti bg dia peluang...sbb kita tak selamanya boleh menjaga dia...Alhamdulillah, ibu ayah izinkn..dan inilah hasilnya...


masa dia bg ucapan, bkn kami ber3 je yg menangis, ramai lg makcik, pakcik, lecturer dan pelajar2 termasuk makcik jual bunga kat luar dewan...sehinggakan masa ann dan ibu beli bunga dia bg bear yg kt pic atas nih free je..hadiah tuk apit katanya...

**doa kami, semoga dia boleh meneruskn pengajiannya sehingga peringkat yg lg tinggi untuk jaminan masa depan die...sebab, kami tak selamanya boleh menjaga dia...kerana kami juga akan pergi suatu masa nanti...Tahniah apit...

2 comments:

citong said...

sekejap je dah konvo kan..
rasa mcm baru je pi antar barang² kat umah sewa dia naik kete kita...
tahniah apit!!
semoga sukses selalu... amin.

gadiselatan said...

za:tulah kan, awk pon same2 susah payah tlg anta brg die...mmg rasa skjp sgt..