Thursday, October 27, 2011

Kenali Cecair Emas Berharga (kolustrum)

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan berwarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.


Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progestron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolustrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatannya berterusan mengikut keperluan bayi.

Ketika susu peralihan mengambil tempat, payu dara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolustrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran.

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalamnya terkandung protein,vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum berwarna kekuningan.


Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan.

Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A(SlgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia. Istimewanya, ia hanya boleh diperolehi dari susu ibu. SlgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Ransang Sejak Hamil

Pada minggu 37-38 kehamilan, sebarang ransangan ke atas payudara akan menyebabkannya bersiap sedia mengeluarkan susu. Namun, anda perlu sentiasa bertenang. Dengan itu, dapatlah susu keluar dengan lancar setelah bayi lahir nanti. Susu tidak aka keluar jika persekitaran bising, hiruk-pikuk atau fikiran terganggu.

Ketenangan boleh terhasil apabila suasana aman dan anda hanya menumpukan perhatian kepada bayi. Jadi, otak menyampaikan mesej kepada payu dara supaya mengeluarkan susu.

Keadaan ini dikenali sebagai let down reflex (LDR) dan berlaku setelah anda benar-benar bersedia walaupun pada ketika itu bayi belum lahir. Oleh yang demikian sentiasalah menenangkan diri jika tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan ibu yang gagal mengalami LDR akibat mood yang tidak menentu.

Keistimewaan tiada tandingan

Kolostrum sering kali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel-sel hidup terkandung didalamnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan untuk menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolustrum sangat kaya dengn vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.

No comments: