Sunday, January 1, 2012

Adib tak sihat...

Tak kuat rasanya nak hadapi ujian Allah kali ini...sebab ianya berkaitan Adib...dah masuk 24jam ann tak menyusukan adib...susu yang ann pam, terpaksa dibuang...memang sedih bila terpaksa buang susu tuh..tapi adib tak boleh minum susu ann, bila dia minum je, dia akan muntah...so, sejak semalam, adib start minum susu formula...untuk 1st nih, kami cuba Isomil...setakat mlm tadi dan hari ini ok...cuma tadi ann cuba bagi adib susu ann yang ann dah pam..ann sukat bagi adib 40ml sahaja, lepas minum adib muntah juga walaupun dah sendawa...ann sedih setiap kali tengok dia muntah...ann tau dia sakit tapi dia tak menangis...setiap kali lepas muntah, dia akan senyap jer...
Ann takut adib sakit yang serius, esok nurse akan datang tgk adib hari ke-20...so, ann akan tanya situasi adib sekarang nih normal atau tidak? sebab setahu ann, susu ibu adalah yang terbaik dan mudah hadam..tapi bila tgk situasi adib, susu ann macam tak mudah hadam..sebab dia akan muntahkan semula susu yang diminum...masih berbentuk susu seperti yang diminum...
ibu kata, adib kecil...so, perut dia pun kecil juga. dia tak boleh minum sekali byk macam baby lain...klu kat tin SF tulis 2 scoop untuk sekali minum..ann terpaksa bagi adib separuh dari itu..sebab kalau bagi lebih, adib akan muntah...
Sekarang nih breast ann membengkak..sakit sangat. sebab air susu terlalu banyak. tapi tak boleh bagi anak minum...
Kalau adib masih muntah lagi esok, ann akan bawa adib ke hospital/klinik...tak sanggup nak tengok dia bila dia muntah...ann tak ada pengalaman hadapi situasi macam nih...

"Ya Allah, daku redha dengan ujianMu ini...tapi ku mohon supaya Kau berilah kesejahteraan kesihatan kepada anaklu, Muhammad Adib Dayyan...jika daku boleh menggantikan tempatnya untuk merasai kesakitan itu, daku rela, Ya Allah...Amin..."



bkn senang nak dptkan pic adib buka mata...asik tido je kejenye...

5 comments:

MiMi said...

ann..adib comel sgt...smoga adib sihat selalu dan kuat nyusu pas ni...:)

HazlisaNoor said...

jgn buang susu, ann..simpan dalam peti..akak doakan adib kembali sihat dan tak apa2..nanti bila dia dah ok boleh minum susu ann balik k..sayang ann..sabar k

gadiselatan said...

Mimi: thanx yer...amin..

K.ieja: amin...ann skrg nih tgh demam kak..demam sebab breast dah bengkak sgt2...bisa sgt2...

eZa said...

it's normal. maybe kene reflux. read: http://www.babycentre.co.uk/baby/health/reflux/#4

insyaallah xde pa pe ;)

gadiselatan said...

eza: yer ker eza, ann da cuak sgt2..ape2 pon, thanx for the info..ade terfikir nk call awk tanye tp takde masa..