Wednesday, November 14, 2012

Kenapa perlu menipu???

KES 1:
Kali nih nak post sesuatu yang tak best sikit...perkara nih baru jer berlaku Isnin lepas...bukan nak mengaibkan sesiapa..tetapi cuma nak meluahkan apa yang terpendam...dah terang-terang ann nampak apa yang berlaku sebenarnya, tapi 'dia' masih nak menipu lagi...bila ann tanya sekali lagi, masih nak menipu....bila ann marah..boleh pulak mengadu ngan 'someone' tapi dia tersalah sent...tersent msg tuh kat ann....siap mengata ann dlm msg tuh...sape yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi situasi ini???terus terang ann bukan orangnya...ann mmg tak mampu nak pandang muka dia...ann marah bukan sebab apa yang dia buat, itu hak dia...tapi ann marah sebab dia MENIPU..kenapa perlu menipu? bodoh sangat ke ann nih pada pandangan diorg sampaikan senang2 jer diorg nak tipu ann...selama nih ann cuba cover diorg...dipergunakan untuk tutup mata orang keliling...tapi bila dah jadi camni mmg ann dah tau yang diorg mmg tak boleh dijadikan kawan...ini apa yang ann tau, belakang ann entah apa lagi yang diorg mengata ann...padahal ann anggap diorg nih cam saudara sendiri...memang terasa dikhianati...tapi ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini...memang betul kata orang, kalau kita dekatkan diri dan mengadu dengan Allah, Allah akan tunjukkan kebenaran...Allah Maha Berkuasa..Allah dah tunjukkan kepada ann perkara sebenar. So, ann kena ambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku...pandang dari sudut positif...
Hubungan dengan dia???biar Allah yang tentukan...

KES 2:
Ada satu lagi kes, ann nih niat hanya nak menasihati seorang sahabat, tapi bila ann bercakap dengan sahabat yang dulunya pernah akrab dengan ann dan pada satu masa renggang tanpa ann tau sebabnya, ann rupanya dikatakan menyampaikan cerita yang tidak betul...ann nih seorang isteri, so ann tak suka dengar cerita yang memburukkan seseorang isteri...so, ann pon cubalah nasihat, ann siap katakan "mana maruah awak sebagai seorang isteri..."..sekali, sahabat ann nih pon bgtau hal sebenar, katanya apa yang ann dengar tuh tak betul..ann memang tak tau siapa yang betul dan siapa yang salah...pada ann, ann tak salah sebab ann tak burukkan orang...ann cuma nak tau kebenaran sahaja..tapi biasalah kebenaran tuh masih terlindung...hanya Allah yang Maha Mengetahui...Ann berdoa semoga Allah tunjukkan kebenarannya kepada ann suatu hari nanti...
Mungkin pada orang lain tak kesah dengar keburukan/keaiban orang lain, tapi ann tak suka dengar keburukan kawan/sahabat/saudara ann sendiri diperkatakan dan diketawakan orang...inilah diri ann, suka atau tidak terpulanglah...

**mungkin apa yang berlaku ini akan mempengaruhi kerja ann, mungkin ann akan dipindahkan ke bahagian lain, tapi ann redha, mungkin itulah yang terbaik daripada menahan perasaan sepanjang masa.

2 comments:

mazni_azis said...

kes 1: Allah nak tunjuklah tu sikap sebenar org yg dikatakan kawan tu...boleh pulak tersalah send mesej...sabar ye Ann...hidup ni penuh ujian...

eZa said...

kes 1: 'kak siti' ke?

sabar banyak2 ya ann.
:)